Oleh : Dra Dara Aisyah,M.Si,PhD dan Dr Muhammad Sontang Sihotang,S.Si,M.Si
MabesNews.com, Perbatasan Malaysia dan Indonesia terdiri daripada 1,881 km sempadan darat yang membahagikan wilayah Indonesia iaitu Kalimantan Utara, Kalimatan Barat dan Kalimantan Selatan dengan wilayah Malaysia iaitu negeri Sarawak dan Sabah.
Kepulauan Borneo merupakan pulau terbesar di asia seluas 743,330 km2 terbahagi kepada 3 negara utama yaitu Indonesia, Malaysia dan juga Brunei. Mengikut keluasan, hampir 73% pulau ini merupakan wilayah Indonesia manakala 26% daripada pulau ini adalah hak milik negara Malaysia dibawah wilayah Sabah dan Sarawak dan hanya lebih kurang 1% kawasan tanah kepulauan borneo ini adalah hak milik Brunei.
Secara geografinya lagi, kepulauan Borneo ini dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makassar di sebelah timur, dan Laut Jawa serta Selat Karimata di Selatan. Titik tertinggi Borneo ada Gunung Kinabalu yang terletak pada ketinggian 4,095 m di atas permukaan laut berada di Sabah, Malaysia.
Pulau Sebatik merupakan satu nadi ekonomi di sempadan yang berdaya saing dalam memacu kerancakan geo-politik, ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat di sempadan. Tawau sebagai pusat tumpuan ekonomi utama merupakan satu sifat ketergantungan asimetri yang dilihat oleh pengkaji-pengkaji.
Pelbagai industri kecil seperti perikanan, industri pertanian mahupun formal ataupun tidak formal banyak didagangkan melalui sempadan Pulau Sebatik ini sama ada secara berlesen ataupun tidak. Aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak menggambarkan sosioekonomi masyarakat pesisir di Pulau Sebatik ini.
Menelusuri penyelidikan berhubung aktiviti ekonomi di sempadan Pulau Sebatik yang memiliki sempadan dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia telah mengundang pelbagai tafsiran. Trend ekonomi dunia yang akhirnya mewujudkan segmentasi dan pemisahan ruang ekonomi dalam pekerjaan mewujudkan hubungan kelas pekerja yang dinamik, kompleks dan pelbagai coraknya dalam pasaran buruh (Fauzie, 2018).
Dengan mengutamakan masyarakat pesisir yang mana merupakan masyarakat yang tinggal dan hidup di wilayah transisi yang menandai tempat perpindahan antara wilayah darat dan laut atau sebaliknya, yang mana sebahagian besarnya bergantung kepada mengelola sumber daya pesisir dan laut baik secara langsung ataupun tidak langsung.
Pengkaji ingin melihat apakah aktiviti sosioekonomi utama masyarakat pesisir Pulau Sebatik khususnya masyarakat di Wilayah Sabah, Malaysia itu sendiri.
Kajian Literatur
Limitasi Kajian
Disebabkan oleh kekangan dokumen perjalanan penyelidikan yang kurang lengkap, pengkaji terpaksa menjalankan kajian rintis hanya di Wilayah Sabah, Malaysia sahaja khususnya di Kampung Mentadak Baru, Kampung Wallace Bay, Kampung Sungai Tongkang dan juga di Kampung Sungai Melayu.
Kampung-kampung ini merupakan kampung dengan akses termudah yang boleh diakses melalui jalan darat dan juga menggunakan perhubungan laut (bot kecil). Akses ke jeti Wallace Bay hanya dihadkan kepada 1 bot per hari yang mana menyebabkan pengkaji terpaksa menggunakan jalan darat untuk pergi Kampung Sungai Tongkang untuk mendapatkan perkhidmatan bot.
Metodologi Kajian.
Penyelidikan awal kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang utama di lapangan untuk mendapatkan data primer. Pemerhatian di lapangan serta sesi temu bual bersama informan berkepentingan turut digunakan bagi mengumpul data lapangan yang lebih konstruktif. Seramai 26 orang responden telah ditemu bual bagi memenuhi syarat kajian ini.
(Dra Dara Aisyah,M.Si, PhD dan Dr Muhammad Sontang Sihotang,S.Si, M.Si adalah Dosen Universitas Sumatera Utara (USU) Medan). Keduanya ditugaskan untuk melakukan penelitian oleh Lembaga Penelitian USU.(bay/ Tiar)