Mabesnews.com- Kuala Terengganu-Tulisan ini merupakan Kekajian Peserta Program Kesukarelawanan Belia Pembanteras Dadah (KBPD) Kuala Terengganu yang dipaparkan Md. Sontang Ahmad1, Abdul Manan Al Merbawi1, Dara Aisyah H.M.Ali Puteh2, Norizan Abd.Ghani1
1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
2. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Abstrak
Metafizik adalah Ilmu yang mengkaji tentang hal ehwal Ketuhanan dan proses pencapaiannya melalui kaedah saintifik (sains dan teknologi) manakala tasawwuf adalah ilmu yang mengkaji tentang hal ehwal hati (roh) dan proses meningkatkan tahap kesuciannya sehingga mencapai makrifat ketuhanan.
Metafizik Tasawwuf adalah gabungan Ilmu dan pengetahuan yang mengkaji tentang hal ehwal hati dalam hubungannya dengan makrifat Ketuhanan, secara fizik dan ruhani serta proses meningkatkan kesucian hati itu, melalui konsep sains dan teknologi (fizik, kimia dan biologi) dan komputer (ict) untuk proses tazkiyat al-nafs menuju makrifatullah.
Kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang proses pengenalan diri menuju kesedaran ruhani (bermakrifat). Berasaskan kajian ini didapati bahawa konsep metafizik tasawwuf dapat mendedahkan serta membuktikan secara fizik keberkesanan praktis tasawwuf khususnya amalan zikir yang diamalkan menggunakan metod tertentu.
Seterusnya konsep metafizik tasawwuf juga dapat menghuraikan dan memperlihatkan secara yang lebih nyata dan jelas tentang kesedaran ruhani menuju makrifatullah. Kajian ini diharapkan dapat menjadi model penambahbaikan bagi menimbulkan kesedaran ruhani kepada setiap peserta KBPD untuk lebih mengenal Allah SWT dan seterusnya dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Key word : model penambahbaikan, metafizik, tasawwuf, jantung, kesedaran ruhani, makrifatullah, peserta program KBPD, Kuala Terengganu.
PENDAHULUAN
Model metafizik tasawwuf berasaskan kajian organ jantung menuju kesedaran ruhani untuk setiap peserta program KBPD, adalah satu model menambahbaik program yang bertujuan untuk memberi kesedaran ruhani tentang mengurangi masalah dadah, memastikan keluarga bebas daripada dadah, membantu organisasi untuk menggerakkan usaha bebas dadah di tempat kerja dan menggerakkan usaha masyarakat dalam membebaskan komuniti daripada masalah dadah.
Kajian ini berusaha menyediakan model penambahbaikan kesedaran belia pembanteras dadah (KBPD), dari aspek penambahbaikan pendidikan sahsiah golongan belia untuk sedar dan bertanggungjawab membantu membanteras masalah dadah untuk membentuk satu pasukan sukarela bersifat Community Oriented Policy dan Smart Partnership yang dianggotai oleh remaja dan belia yang boleh digerakkan sebagai mata dan telinga Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (Laporan AADK Tahun 2010). Pada umumnya kajian ini berkenaan dengan bidang pembangunan masyarakat melalui pembangunan sahsiah belia yang berkaitan dengan pengurusan akhlak belia dalam menjalankan aktiviti program KBPD. sememangnya terdapat faktor-faktor yang menyebabkan belia kurang aktif atau tiada berminat untuk menyertai program-program kesukarelawanan.
Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan program datangnya dari sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi . Didapati 69 peratus adalah peserta program dari kalangan lelaki dan 32 peratus peserta wanita. Kebanyakan peserta adalah daripada etnik Melayu (99 %). Seterusnya bilangan ahli paling ramai berumur 19 tahun ke bawah (56 %), penyertaannya lebih ramai berbanding dengan penyertaan 20 hingga 25 tahun iaitu (38 %). Peserta ahli Belia Pembanteras Dadah mengikut tahap pendidikan, terdiri daripada (49 %) berpendidikan tahap sijil, (44 % ) diploma dan (7 %) Ijazah Sarjana Muda.
Berasaskan pandangan para ahli , dapat dikenalpasti bahawa mereka sebenarnya memiliki hasrat dan keinginan untuk menyertai program, namun didapati pelbagai permasalahan terjadi selama implementasi program iaitu para ahli tiada mendapat pendedahan untuk pelan pelaksanaan aktiviti, kerana selepas para ahli mengisi borang, tiada perjumpaan dengan pihak pelaksana program sehingga mereka tidak aktif dalam penglibatan aktiviti, akibat tiada maklumat untuk para peserta dalam melaksanakan aktiviti, tidak tahu mengakses laman web , serta tiada penyeliaan untuk aktiviti kemahiran para ahli . Berdasarkan bilangan peserta yang ditemubual, ramai dari mereka tidak tahu keperluan ahli yang dirasakan tidak sesuai, kerana hampir semua peserta menyatakan tiada pernah mengikuti aktiviti selama menjadi ahli Belia Pembanteras Dadah.
Mereka berhasrat ada perubahan iaitu para peserta sangat berharap agar keperluan mereka sebagai ahli dapat dipenuhi, seperti diwujudkannya pelaksanaan program bengkel motivasi, kem kesedaran agama melalui pendedahan ruhani, program bersama penagih, serta program khidmat masyarakat dapat diwujudkan. Perlunya fasilitator khusus yang merangka dan menyelia program secara kawal selia melalui monitoring. Selain itu faktor pengurusan yang cekap terhadap program Belia Pembanteras Dadah dijangka dapat menarik minat yang lebih mendalam dalam kalangan peserta seterusnya melonjakkan prestasi program yang dijalankan.
Secara keseluruhannya masalah ini perlulah diatasi guna penambahbaikan bagi menumbuhkan dan meningkatkan kesedaran peserta agar lebih bersahsiah sehingga dapat menarik minat peserta baru. Masalah kesedaran peserta program berpunca hasil daripada kurangnya maklumat, kemahiran, panduan dalam menjalankan aktiviti serta promosi mengenai program. Dapatan kajian diharap dapat membantu aktiviti para ahli dengan mempersiapkan modul latihan pembentukan kesedaran kepada mereka, supaya menjadi ahli yang berminat dan penuh kesedaran dalam menjayakan program Belia Pembanteras Dadah. Ini secara keseluruhannya akan membawa kepada penggubalan polisi atau dasar dan implementasi yang akauntabel dan efektif bagi memastikan kejayaan program di masa hadapan.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku kurangnya kesedaran dalam melakukan kerja-kerja kebajikan. Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kurangnya kesedaran dalam penglibatan aktiviti kesukarelawanan seterusnya mencari cara-cara untuk mengatasinya.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah factor-faktor yang menyebabkan kurangnya kesedaran kalangan belia sebagai peserta program dan faktor manakah yang lebih mendorong kalangan belia untuk terlibat dengan program Belia Pembanteras Dadah di Kuala Terengganu. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor peserta program, garis panduan program, akauntabiliti pelaksanaan program, pihak pengelola program tindakan awal perlu dilakukan dengan melaksanakan program pencegahan seperti pendidikan kesedaran dadah diperingkat sekolah lagi. (bay)