Mabesnews.com- Kuala Terengganu-Tulisan ini merupakan Kekajian Peserta Program Kesukarelawanan Belia Pembanteras Dadah (KBPD) Kuala Terengganu yang dipaparkan Md. Sontang Ahmad1, Abdul Manan Al Merbawi1, Dara Aisyah H.M.Ali Puteh2, Norizan Abd.Ghani1
METODOLOGI
Kajian ini dilakukan di Kuala Terengganu, iaitu salah satu daerah di Negeri Terengganu. Jumlah peserta program di negeri Terengganu pada tahun 2010 yang diberikan oleh agensi terbabit di Kuala Terengganu ialah sebanyak 927 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 703 orang mewakili ahli di Kuala Terengganu.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik sebagai alat ukur bagi pengumpulan data. Sejumlah 245 soal selidik telah diterima yang melibatkan responden kajian daripada Kuala Terengganu daripada 300 soal selidik yang diedarkan. Kajian juga menggunakan kaedah kualitatif dimana temubual bersemuka telah dijalankan dan hasil temubual telah rekod untuk ditranskrip bagi kegunaan analisis kajian.
Temu bual dijalankan bagi mendapatkan jawapan yang lebih mendalam terhadap soalan-soalan terbuka yang dikemukakan didalam soal-selidik. Kaedah kualitatif yang diguna pakai dalam kajian ini ialah temubual kumpulan fokus. Terdapat dua kategori temubual/kumpulan fokus yang utama; i) Temu bual peserta program ii) Temu bual dengan pegawai agensi terbabit.
DAPATAN KAJIAN
Hasil penemuan kajian mendapati majoriti belia (80 peratus) terdiri daripada mereka yang rendah penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan. Dapatan kajian merumuskan bahawa tahap kesukarelawan di kalangan belia berpersatuan adalah rendah. Ini dapat dilihat dengan kurangnya sifat dan semangat untuk membantu mereka yang lemah dan memerlukan di kalangan belia kita. Ini bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia yang digambarkan sebagai satu masyarakat penyayang, berbudi bahasa, menghormati orang tua, dan sifat tolong-menolong di antara satu sama lain.
6.1 Permasalahan Berpunca Daripada Ketiadaan Kesedaran Hati
Program KBPD diharapkan dapat mempertingkatkan prestasinya dengan menjayakan kebolehan dan keupayaan para peserta sebagai penyampai khidmat yang berkesan, pasukan berdisiplin, pasukan sukarelawan, agen pengumpul dan penyebar maklumat serta mata dan telinga kepada AADK dalam hal-hal yang berkaitan dengan masalah dadah di kawasan masing-masing.
Namun secara realitinya, fungsi program belum mampu diwujudkan oleh peserta dalam melaksanakan program pencegahan dadah di masyarakat. Sebagai peserta, mereka tiada dibekalkan pendidikan ruhani untuk membina kesedaran mereka, para peserta memiliki kemampuan terhad dalam menunaikan fungsi dan tugasnya dalam memerangi atau membasmi ancaman dadah di kawasan masing-masing. Para peserta program banyak mengalami pelbagai masalah seperti tiada kesedaran untuk menyampaikan maklumat tentang mengatasi penyalahgunaan dadah, kerana mereka tidak memiliki kemampuan dalam menyebarluaskan maklumat akibat tiada pendedahan sebelumnya.
Perkara ini dapat memberi kesan negatif kepada ahli sehingga menyebabkan tiada keberkesanan program. Pengurusan program perlu ditambahbaik lagi bagi memastikan kejayaan program. Semua pihak yang terlibat dengan program, samada ahli atau pentadbir perlu bekerjasama memainkan peranan dalam membina kesedaran universal.
Ketidakberkesanan program akhirnya menyebabkan banyak terjadi permasalahan di lapangan atau di lokasi program kerana berpunca daripada ketiadaan kesedaran hati, para peserta kurang berminat dalam melakukan suatu gerakan anti dadah kepada komuniti, mereka hanya berharap dari arahan pihak pentadbir ataupun sangat bergantung kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pentadbir sahaja. Selain itu para peserta tiada dibekalkan pendidikan kesedaran semenjak program ditubuhkan di daerah Kuala Terengganu, pada tahun 2009, 2010 dan 2011
Pelaksanaan program hanya dipersiapkan dengan penambahbaikan garis panduan program, penubuhan ahli jawatankuasa (AJK), manakala aktiviti sepanjang tahun adalah tersedianya borang pendaftaran peserta, senarai nama, alamat dan nombor kad pengenalan ahli serta beberapa aktiviti program.
Sokongan keagamaan seperti pendekatan tasawwuf tiada digalakkan kepada peserta, manakala aktiviti yang dijalankan hanya berkenaan dengan kejohanan Futsal Rakan Anti Dadah, Kembara Merdeka RADA (2009), lawatan ke AADK Ibu Pejabat, Putrajaya dan Puspen Dengkil (2010), Kem Smart Belia Berwawasan, Program Karnival, serta Program berbuka puasa bersama ahli (2011).
Keadaan ini menunjukkan bahawa rancangan aktiviti yang telahpun dilaksanakan sejak tahun kebelakangan ini, belum mampu membentuk sahsiah belia dalam mempertingkatkan aktiviti gerakan anti dadah kepada kalangan komuniti. Hasil penilaian ini diharapkan dapat memberikan penambahbaikan bagi pihak pentadbir pogram di peringkat negeri dan daerah dalam merekabentuk rancangan program kehadapan agar para peserta memiliki kesedaran dalam melaksanakan aktiviti yang lebih berjaya.
Perkara ini akhirnya menyebabkan banyak terjadi permasalahan di lapangan atau di lokasi program kerana para peserta kurang berminat dalam melakukan suatu gerakan anti dadah kepada komuniti, mereka hanya berharap dari arahan pihak pentadbir ataupun sangat bergantung kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pentadbir sahaja.
Idea mengenai program KBPD pada awalnya diketengahkan untuk menarik minat dan membangun kesedaran belia dalam gerakan anti dadah. Selepas dilaksanakan, program ini diperkuatkan lagi melalui langkah pembentukan sahsiah belia yang mampu menjadi peserta program KBPD untuk memberi kesedaran kepada komuniti agar menjauhi dadah.
Ini dilakukan dengan mewujudkan aktiviti gerakan pencegahan anti dadah. Langkah tersebut mampu memperbaiki keadaan program KBPD saat ini di Kuala Terengganu kerana didapati bahawa keadaan minat perserta program masih bertahap rendah akibat dibelenggu dengan pelbagai masalah sahsiah yang boleh mengancam diri belia masa kini untuk tidak bertindak balas terhadap program yang dianggap ibadat disamping tidak tersedianya pelbagai kemudahan yang sepatutnya disokong oleh agensi.
Peran agensi selama pelaksanaan program tiada mendidik kesedaran hati mereka dalam beraktiviti, sehingga usaha sangat kurang terhadap penyertaan program, kerana tiada diberikan bekalan ruhani, serta pendedahan apa-apa maklumat berkaitan misi, visi KBPD sehingga mereka tidak jelas mengenai tanggungjawab dan tugas mereka.
Punca tiada kesedaran kerana masalah hati, sehingga mereka tidak mengambil tahu tentang masalah program dan merasa aktiviti tidak perlu. Peserta program KBPD di Kuala Terengganu mempunyai beberapa halangan. Mereka tidak diberikan garis panduan, tidak pernah diselia oleh pihak program dan tiada pendedahan khusus kepada mereka.
Selepas mengisi borang, mereka tidak diberi bimbingan daripada pihak agensi terbabit. Mereka juga tidak tahu bahawa tugas KBPD ini sebagai satu tugas untuk mencegah aktiviti penyalahgunaan dadah. Apabila minat dan hasrat untuk melakukan keinginan aktiviti pencegahan sudah tiada, maka sekaligus tiada keinginan untuk merancang aktiviti sehingga aktiviti mencegah yang terealisasi juga rendah akibatnya tingkat pencapaian kesedaran juga turut rendah.
Pada asasnya yang mereka perlukan sebenarnya adalah pendedahan maklumat untuk membentuk sahsiah kesedaran akan tugas dan kewajiban peserta program mereka serta bimbingan dalam pelaksanaan program melalui tenaga pendamping yang menjalankan tugas kawal selia di lapangan atau lokasi program.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, para peserta berkeinginan adanya perubahan untuk mereka, seperti diwujudkannya pelaksanaan program bengkel motivasi, kem kesedaran agama, melalui pendedahan ruhani, di masa hadapan. Melalui kajian ini diharapkan model penambahbaikan metafizik tasawwuf, dapat memberi perubahan sikap kepada belia di masa hadapan, dengan peningkatan kesedaran belia dalam menjalankan amanah membanteras dadah.
Model Penambahbaikan melalui model inabah digunapakai untuk peserta program sehingga diharapkan adanya perubahan sikap dari belia selepas pendidikan ruhani dengan pendekatan tasawwuf melalui pengamalan TQN untuk menumbuhkan rasa ketauhidan melalui kaedah zikir samada secara Jahar dan Khofi. Seterusnya dilakukan pembuktian dari hasil gunapakai model inabah berkenaan, untuk keperluan kesedaran peserta program dengan menggunakan analisis metafizik tasawwuf, khususnya kesan kepada organ tubuh.(jantung).(bay)