Masalah Kurangnya Minat Kesukarelawanan di.Kalangan Belia dalam Menjayakan Program

Lainnya125 views
KH Muhammad Sontang

Mabesnews.com- Kuala Terengganu-Tulisan ini merupakan Kekajian Peserta Program Kesukarelawanan Belia Pembanteras Dadah (KBPD) Kuala Terengganu yang dipaparkan Md. Sontang Ahmad1, Abdul Manan Al Merbawi1, Dara Aisyah H.M.Ali Puteh2, Norizan Abd.Ghani1

1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),

2. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pernyataan Masalah

Masalah kurangnya minat kesukarelawanan di kalangan belia dalam menjayakan program Belia Pembanteras Dadah merupakan masalah yang sering melanda pelajar dipelbagai peringkat bermula dari sekolah menengah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi iaitu Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam menilai program kesukarelawanan Belia Pembanteras Dadah di kalangan belia di Kuala Terengganu sememangnya terdapat faktor-faktor yang menyebabkan belia kurang aktif atau tiada berminat untuk menyertai program-program kesukarelawanan.

Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan program datangnya dari sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi . Didapati 69 peratus adalah peserta program dari kalangan lelaki dan 32 peratus peserta wanita. Kebanyakan peserta adalah daripada etnik Melayu (99 %). Seterusnya bilangan ahli paling ramai berumur 19 tahun ke bawah (56 %), penyertaannya lebih ramai berbanding dengan penyertaan 20 hingga 25 tahun iaitu (38 %). Peserta ahli Belia Pembanteras Dadah mengikut tahap pendidikan, terdiri daripada (49 %) berpendidikan tahap sijil, (44 % ) diploma dan (7 %) Ijazah Sarjana Muda.

Berasaskan pandangan para ahli , dapat dikenalpasti bahawa mereka sebenarnya memiliki hasrat dan keinginan untuk menyertai program, namun didapati pelbagai permasalahan terjadi selama implementasi program iaitu para ahli tiada mendapat pendedahan untuk pelan pelaksanaan aktiviti, kerana selepas para ahli mengisi borang, tiada perjumpaan dengan pihak pelaksana program sehingga mereka tidak aktif dalam penglibatan aktiviti, akibat tiada maklumat untuk para peserta dalam melaksanakan aktiviti, tidak tahu mengakses laman web , serta tiada penyeliaan untuk aktiviti kemahiran para ahli . Berdasarkan bilangan peserta yang ditemubual, ramai dari mereka tidak tahu keperluan ahli yang dirasakan tidak sesuai, kerana hampir semua peserta menyatakan tiada pernah mengikuti aktiviti selama menjadi ahli Belia Pembanteras Dadah.

Mereka berhasrat ada perubahan iaitu para peserta sangat berharap agar keperluan mereka sebagai ahli dapat dipenuhi, seperti diwujudkannya pelaksanaan program bengkel motivasi, kem kesedaran agama melalui pendedahan ruhani, program bersama penagih, serta program khidmat masyarakat dapat diwujudkan. Perlunya fasilitator khusus yang merangka dan menyelia program secara kawal selia melalui monitoring. Selain itu faktor pengurusan yang cekap terhadap program Belia Pembanteras Dadah dijangka dapat menarik minat yang lebih mendalam dalam kalangan peserta seterusnya melonjakkan prestasi program yang dijalankan.

Secara keseluruhannya masalah ini perlulah diatasi guna penambahbaikan bagi menumbuhkan dan meningkatkan kesedaran peserta agar lebih bersahsiah sehingga dapat menarik minat peserta baru. Masalah kesedaran peserta program berpunca hasil daripada kurangnya maklumat, kemahiran, panduan dalam menjalankan aktiviti serta promosi mengenai program. Dapatan kajian diharap dapat membantu aktiviti para ahli dengan mempersiapkan modul latihan pembentukan kesedaran kepada mereka, supaya menjadi ahli yang berminat dan penuh kesedaran dalam menjayakan program Belia Pembanteras Dadah. Ini secara keseluruhannya akan membawa kepada penggubalan polisi atau dasar dan implementasi yang akauntabel dan efektif bagi memastikan kejayaan program di masa hadapan.

Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku kurangnya kesedaran dalam melakukan kerja-kerja kebajikan. Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kurangnya kesedaran dalam penglibatan aktiviti kesukarelawanan seterusnya mencari cara-cara untuk mengatasinya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah factor-faktor yang menyebabkan kurangnya kesedaran kalangan belia sebagai peserta program dan faktor manakah yang lebih mendorong kalangan belia untuk terlibat dengan program Belia Pembanteras Dadah di Kuala Terengganu. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor peserta program, garis panduan program, akauntabiliti pelaksanaan program, pihak pengelola program dan pengurusan di lokasi program.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk membentuk model penambahbaikan dalam menangani masalah rendahnya kesedaran dalam program kesukarelawanan Belia Pembanteras Dadah. Secara khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah untuk: pertama, mengenalpasti permasalahan peserta program KBPD yang berhubungkait dengan kurangnya kesedaran dalam melakukan gerakan kesukarelawanan,kedua, memberikan model inabah sebagai kaedah kesedaran terhadap hubungkait konsep fizik dan ruhani berkenaan dengan organ jantung berasaskan pendekatan metafizik tasawwuf (Kaedah zikir Toreqoh Qodiriyah Wa Naqsabandyah) untuk penambahbaikan kesedaran ruhani, serta ketiga, menganalisis keperluan zikir dalam organ jantung berasaskan pendekatan metafizik tasawwuf, melalui sains dan teknologi (fizik, kimia, biologi dan ICT) dengan menggunakan analisis zikir TQN berasaskan gambar rajah latifah dan sistem jantung fizik dan ruhani.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini memberikan satu model penambahbaikan melalui pendedahan model inabah untuk membuktikan hubungkait organ jantung fizik dan ruhani dalam membina kesedaran ruhani (metafizik tasawwuf) kepada pihak-pihak yang terbabit, sehingga menjadi alternatif dalam memikirkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini. Kejayaan dalam mencari jalan penyelesaian ini, untuk menghasilkan generasi yang beradab yang diimpikan akan terlaksana, sesuai dengan saranan kerajaan yang ingin mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didokong oleh tahap etika yang paling tinggi. (bay)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *